PERSETUJUAN & AKU JANJI
a) HARGA SEWA kenderaan adalah seperti yang dinyatakan. DEPOSIT dikembalikan dalam tempoh 14 HARI bekerja.
b) Bayaran tambahan RM 30 /jam akan dikenakan jika kenderaan dikembalikan LEWAT dari tempoh sewa.
c) Kenderaan ini TIDAK DIGUNAKAN untuk segala jenis AKTIVITI JENAYAH atau KESALAHAN UNDANG-UNDANG Negara Malaysia.
d) Penyewa BERTANGGUNGJAWAB sepenuhnya jika berlaku penyalahgunaan kenderaan (seperti klaus c ) sepanjang dalam tempoh sewaan.
e) Penyewa BERTANGGUNGJAWAB ke atas saman/kompoun/denda yang dikenakan pada kenderaan dalam tempoh sewaan.
f) Sebarang kos baikpulih kerosakan / kemalangan / kehilangan alat ganti atas kenderaaan sepanjang tempoh sewa AKAN DITANGGUNG oleh PENYEWA.
g) PEMILIK berhak menuntut gantirugi sekiranya kenderaan ini hilang atau rosak teruk (total lost) sepanjang tempoh sewaan.
h) PERJANJIAN INI SAH DI SISI UNDANG-UNDANG MALAYSIA DAN BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI DOKUMEN SAH DI MAHKAMAH.
PERINGATAN
1. PENYEWA akan menyerahkan satu (1) SALINAN kad pengenalan bagi tujuan rujukan
2. Salinan resit bayaran deposit hendaklah di WhatsApp kepada no 019 270 4588 dalam tempoh 24 jam selepas borang ini diisi.
3. Deposit TIDAK akan dipulangkan sekiranya pembatalan sewa dibuat kurang dari tempoh 48 jam.
4. Pembayaran hendaklah dibuat terus pada pautan (link) yang diberikan selepas borang ini dihantar.